Friends

Saturday 29 December 2012

3 suntikan untuk perlindungan optimum

Assalamualaikum and good day to you :)


Ini adalah view di Unit Kesihatan (UK). Ramai kan cewek cewek? This entry is all about
 it. Enjoy reading~

Pada 18 Disember 2012 yang lalu * ehem ehem skema sikit* tolong patah balik dan baca dari mula. 18 Disember. 18 Disember!! Pada hari bersejarah saya yang ke 19 tahun, saya telah mengambil keputusan untuk meraikannya dengan mengambil suntikan HPV. Wowww cool kan? Haha. 

HPV ni untuk kaum wanita sahaja. Yang lain lain takmo okayy? Harap maklum. Zaman ibu ibu, kakak kakak takda tau suntikan macam ni. Suntikan HPV ni untuk mencegah kaum hawa dari dapat penyakit kanser cervix tapi seksa sikit la sebab ada 3 kali suntikan yang kena amik so kalau dah amik the first time baik teruskan je perjuangan tu. Jangan buat keje separuh jalan tanak amik yang kedua dan ketiga. Kalau taknak jangan amik terus. Harga satu dos suntikan je boleh cecah RM 400 katanya. Girls yang dilahirkan tahun '93 beruntung sebab you can get FOC. Tak perlu bayar sesen pun. 3 dos dah RM 1000++. Jimat duit poket kan? Buat injection ni samalah macam sambil menyelam minum air. Duit jimat, imunisasi pun dapat. 

Tapii saya takuttttttt sampai jari ni dah tak cukup kuku nak digigit. Tolonglah misi misi (nurse) yang baik, cantik, menawan tertawan takmo suntik kasar kasar please. Dear jarum suntikan, can you kindly stay away from me. Appreciate it so much :S

This is us before incident

 bersama iena yong yong morgeouss. Nak jadi penulis novel katanya.  

 Classmates and besties

 Tak sah Shazee tak hilang masa snap gambar

 Seronok la tu dapat inject freeeee!

Kami akan menyesali keputusan ni *scared to death*

 Syera interframe. She just love doing that

You know what. The injection went well. Alhamdulillah. Mulanya takut juga nak amik injection ni bila dengar banyak desas desus tentang side effectnya dekat internet. Masa tu dalam kepala asyik fikir "Mama, saya taknak mati awal". Huhu. But hey, i face my fear bravely. We all did. Yayyy kami sangat kuat! Sila berikan tepukan gemuruh dan sorakan semangat terutamanya untuk iena. Dia takut sangat sampai nangis nangis penuh satu tempayan *gurau je* Hehe. Point saya di sini.. ikut naluri hati, tabahkan hati dan buat keputusan yang anda takkan kesali. 


P/S : Ni sutikan untuk cegah kanser cervix atau ubat tidur. Betul betul rasa mengantuk. 
P/S duaaaa: Satu lengan rasa kebas lepas injection. 


Sunday 23 December 2012

Cebisan terakhir bergelar belasan tahun

Selamat hari jadi,
selamat hari jadi, selamat hari jadi sayaaaaa~
Selamat hari jadi.

I am gladly 19 now.

Assalamualaikum,

Tepat jam 12 tengah malam je, level mate mesti tak pernah jemu nak buat birthday prank ni walaupun cuma guna air mineral and bedak. Weee seronoknya tido tido bau bedak Johnson. Saya suka saya suka sangat!

What so special about birthday? 
I just love it. Masa ni je kita bole mintak benda yang jarang boleh dapat contohnya macam kawan belanja, mintak hadiah bukan bukan, mintak orang nyanyi lagu tengah malam dan mintak apa yang kita tak pernah mintak. Hehe. Thank you friends for all the beautiful wishes, for the cake, for the gift, for the song you sang to me. Lucky to know you.

Back to where I belong. Home! Balik balik rumah Along dah siap belikan kek Chocolate Indulgence's Secret Recipe. Yummeeyyyy. Setiap tahun saya tak pernah sambut sorang sorang or have a single celebration for my birthday. Itulah yang seronoknya lahir bulan Disember ni ada peneman. Kalau sorang takde, mesti kena tunggu sorang lagi sebab nak sambut hari lahir sama sama. Comel kan kami? Hikhok *sambil buat muka bangga tangan di dada.

Happy birthday dear brother. May Allah bless you always. Glad to have you as a brother. Ehem ehem wahai abangku sila terharu bila tengok entri ni.

 *Screammm out loud*

Dan ayuh ke Wangsa Walk sambil menikmati makan malam yang ringkas di samping keluarga di BBQ Chicken. Restoran ala ala Korea gitu. Boleh la mai datang sini cuba sendiri makanan kat sini. 

 Choose all you can eat


The beat of my heart till Jannah <3

Along ni kut iyea pun pandang la kamera

Birthday girl and boy of the month

Hai kami class mate dan kami birthday mate. Lahir pada hari yang sama cuma waktu nya je berbeza. Happy birthday babe :* 

Selamat hari lahir kepada semua Disember baby boy and baby girl. Kak Amy, Hasvic, Farhana, Zieka, Izyan, Khairin, Qamid, Aisyah Zahin, Syirin, Amirah Jamiahan, Ili, Sara Syahira, Sonia, Fatin Zawani, Laila, abang Diana Amir. Have a wonderful life ahead :)

Salam sayang



Officially part 4

Assalamualaikum,

Nampak tak tajuk kitew? Nampak kan kan? Alhamdulillah. Praise to Allah for everything. Now I am officially a senior. Hahaha *senior la sangat. Dah hampir sebulan di Lendu. Nampaknya cita-citaku untuk terus buat penerapan ke degree terkubur begitu sahaja. Siap keluar pekeliling lagi oleh rektor.

Oh tidak tidak! Ini tidak adil tidak adil. Okayy mula la aku nak buat konsert Yuna Zarai kat sini kan. Kenapa time aku la nak ada semua benda ni bagai. Diorang tak tau ke student yang "rajin" macam saya ni tak suka belajar lama-lama? Ada orang cakap belajar lagi seronok dari kerja tapi kalau belajar lama sangat pun tak seronok jugak kan? Mungkin ada hikmah disebalik semuanya. In Shaa Allah.


How's Part 4?

Great! So far so good. Subjek pun makin kurang. Sem ni ada 5 subjek je and final paper cuma 4. Nampak macam sikit? No no no. Jangan lihat pada luaran kawan. Masih banyak tenaga dan masa perlu diluangkan.

They still here. Yes, them! Roomate saya, kawan sekolah saya, kawan sekelas saya, level mate saya, kolej mate, semuanya. I am so glad I have them :)



Friday 23 November 2012

Achumm! Bless you


HAC HOMMMM CUMM!!


Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) bersabda,




Jika seorang dari kamu bersin, dia harus mengucapkan "Al-Hamdulillah" (Segala puji bagi Allah), dan saudara muslim anda atau orang yang bersebelahannya harus mengatakan kepadanya," Yarhamuk Allah" (Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya pada anda). Seterusnya orang ang bersin itu perlulah mengatakan, "Yahdikumul-lah wa Yuslih balakum" (Semoga Allah memberikan petunjuk dan memperbaiki keadaan anda). “

(Hadis riwayat Bukhari)


Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) juga bersabda, 
“Sesungguhnya Allah menyukai bersin, dan membenci tindakan menguap. Maka apabila seseorang itu bersin, maka pujilah Allah (dengan mengucapkan “الْحَمْدُ لِلَّهِ). Manakala bagi setiap Muslim yang mendengar saudaranya bersin adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mendoakannya (mendoakan saudaranya yang bersin) iaitu dengan menyebut “يَرْحَمُكَ اللهُ (semoga Allah memberi rahmat kepadanya). Berbeza pula dengan menguap, ianya adalah daripada Syaitan, maka kita hendaklah berusaha untuk tidak menguap, dan jika seseorang mengatakan ‘Ha’ ketika menguap, Syaitan akan mentertawakannya.”


Kenapa memuji Allah setelah bersin?

Tahukah kita ketika bersin, sistem badan kita terutamanya jantung akan berhenti seketika. Kita bersyukur kerana diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan selain mengeluarkan bakteria dari tubuh kita. 







Wednesday 21 November 2012

Dua hari menjadi kanak kanak sekolah

Rasanya macam baru semalam beli baju sekolah, pegi sekolah, amik result SPM. Dah dua tahun rupanya meninggalkan alam sekolah. Dulu asal cuti sekolah je mesti pegi kedai beli baju kurung baru, kasut sekolah baru pokoknya semua baru. Nasib baik tuannya sama je. Kalau badan sendiri ada spare kat kedai ntah apa la jadi kat aku agaknya. Hihi. Rumah terasa suram bila cuma tinggal bertiga. Jadi aku pun ambil lah inisiatif untuk menyibuk sama ke sekolah.

Masa nak masuk sekolah dulu mesti pernah tanya mak ayah soalan ni kan?
"Sekolah tu apa?" 
"Cikgu garang tak? Nanti kalau cikgu makan adik macam mana?" *okay tak. Ni tipu
"Nanti tunggu sampai adik abis sekolah tau? Kita alik sama sama"


hai saya jakun nak pegi sekolah *mata bersinar sinar

ada jugak watak sampingan kat belakang ni

Tapii tak boleh bising bising. Syhhhh peperiksaan sedang dijalankan. Good luck adik adik semua :)



Sambil sambil tu bole melencong pegi Jalan TAR dengan mama. Nak jugak tengok fashion terkini yang ada di pasaran. Nanti dapat ilham boleh buka butik satu dua. Ada jugak ea tudung 3, 4... 7 pelangi. Ceria hidup si pemakai tudung tu nanti berpelangi pelangi gitu.


:O




Hebat kan saya main tukar tukar baju *angkat kening. Tak lah ni hari seterusnya menjadi kanak kanak sekolah walaupun  tanpa uniform sekolah yang sepatutnya. 

 Datang datang sekolah je dah gegar satu bangunan dengan alunan muzik. Dari manakah datangnya muzik itu? Patut la rancak sangat muziknya. Budak takde periksa hari ni. Dah lama tak tengok band buat persembahan. Tak dapat tengok sekolah sendiri punya tengok sekolah orang pun jadi la.
Masa sekolah dulu ramai orang admire budak band sebab diorang ni banyak yang encem, hotstuff.
Aku ni takat tengok dari jauh cukup la -.-

Tengok band sampai ternganga mulut, adik sendiri pun dah lupa jap.

Memanah. Yes, sukan yang paling diminati. Dari tingkatan satu sampai tiga bergiat aktif. Ada la memang wajib masa tu kulit menjadi sunburn habis macam zebra pun ada. Berbelang sana sini. Kalau berdiri tempat gelap, aku dengan tempat tu pun dah sama warna.

 Posisi badan kena betul baru boleh jadi pemanah yang HEBAT!


 Penat buat exercise ni. Percayalah.


Hai saya dah besar. Aiman tak kisah di sini. Tengah SPM pun rajin datang practice memanah. Junior dan adik yang baik sangat, cakap pun lemah lembut je. Sejuk perut ummi mengandung. Kan aiman kan? Suara pun dah transform jadi garau wooo.

Me: Aiman balik naik apa?
Aiman: (sambil wat gaya kayuh basikal)
Me: Basikal? Kau gebang ke apa ni -.-

Aiman ni dah pandai gebang sekarang. Ye dik, percaya sangat. Ingat akak nak percaya ke dengan kata kata gebang awak tu. 

muka masing maing dah penat

Sampai di sini saja.
Salam sayang

Sunday 18 November 2012

Mainan kepit kepit

Aku tak tau nama game ni apa sebenarnya. Jadi ni je la nama paling bernas lagi kreatif yang dapat aku ciptakan untuk game ni. Nampak sangat yang aku kurang caring ngan mainan ni walaupun selalu je abiskan duit nak dapatkan anak patung dalamnya. Pernah main tak mainan ni?

Nak main je dah kena masukkan 2 token = RM 1. Tapi memandangkan aku kurang mahir ngan si ketam ni maka dengan hormatnya tugas tu diserahkan kepada si kecik ni.

*Adik buat elok elok eyh? Nanti kak wa belanja gula-gula kapas ok?


Nampak tak panda tu? Omeyy kan kan dan aku namakannya Popi *belum apa apa dah bagi nama. Hihi.


Tapi apa kan daya 3 ringgit lesap macam tu je. Terasa macam kena gelak dengan si Popi tu.. Amboi kemain galak senyumannya bila aku tak dapat kau eyh. Sob sob sob.

Bila dah kecewa maen game, inilah bentuk kekecewaan tu bertukar. Jeng jeng jeng. Cewahh macam transformer, ultraman, power rangers pula boleh main tukar tukar. 




                   bersama mereka yang tak pernah bosan melayan karenah ku, my play date :)



Saturday 17 November 2012

Oh begini rupanya :O


Macam ni rupanya sebutannya. Dah hidup 19 tahun baru tau pasal ni. Astaghfirullah. May Allah have mercy. Do spread this :)


*In Shaa Allah In Shaa Allah In Shaa Allah


Tak tau la tapi bukan ke semua yang kita buat tu kenalah berdasarkan dengan niat. Masa kita sebut pernah tak terlintas di fikiran kita nak cipta Allah?

Duck face

Omey omey omeynya * die of cuteness. Comel sangat baby ni buat muncung. Confirm confirm lah tak ada siapa nak marah si comel ni. Cuba kalau aku yang buat? Samseng pun lari wa cakap sama lu. Hakhak :)


muahh :*

p/s: Jangan tiru aksi ini. Adegan ini dilakukan oleh pakar yang terlatih melainkan anda mempunyai tahap kecomelan melampau dan tidak menjelikkan pihak lain.
(pesanan ikhlas dari penaja)

Thursday 15 November 2012

1 Muharam 1434

Pejam celik pejam celik dh masuk tahun hijrah yang baru dah rupanya. Semalam ingat tak nak baca doa akhir tahun dan awal tahun? Isk isk lupa la tu. Takpe tahun depan panjang umur jangan lupa baca tau.

Ketika kita sedang lena di ulit mimpi inda, Gaza sekali lagi digegarkan dengan serangan Israel. Marilah kita sama-sama titipkan doa buat saudara Islam kita.

Wahai ALLAH! Berikanlah saudara kami di Gaza kesabaran, teguhkan hati mereka, dan berikan mereka kemenangan atas orang-orang kafir. Wahai Allah! mereka berada dalam keperluan mendesak rahmatMu, wahai Maha Penyayang, Ya Allah, lindungilah mereka dan hilangkanlag kedukaan yang sedang dilalui mereka. Ameen YA rabb!

Therefore,if you are still alive be thankful to Him, be grateful that you are granted another chance to repent and fulfill our duty as His caliph.



حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ 
  Sufficient for us is Allah , and [He is] the best Disposer of affairs
 -Al Imran 3:173-

Tuesday 13 November 2012

Baby step

Hai *smbil tangan lambai-lambai. Assalamualaikum semuanya. How's your day today? Meh la *marilah mari pergi mengundi~~ ehh mengundi apa pula aku ni merepek je. Perkenalkan saya Najwah Abdullah. kenal tak? kenal tak? Alaa hok tu la hah yang tu la. Umur dah sembilan belas dah. Tahun depan dh takde dah perkataan belas belas dalam kamus hidupku. From now on 20 21, 22, bla bla bla huhu sedeyh rase mcm makcik. Yes, saya budak akaun dan dengan gembiranya baru tamat sem 3 di UiTM Lendu, Melaka.
Bru blaja blogging kekok sikit rasanya. Peace. Happy day everyone. Jumpa lagi di entri yang lain.