Friends

Saturday 2 November 2013

Sebenarnya aku dah hampir lupa macam manaa nak creae entry baru kat blog. Hahahahaha. Nampak tak orang malas nak update macam mana sekarang?

Wishing you a great day.

Masih takda mood nak berkarya. Maaf yaaa

Sunday 15 September 2013

Selempang ungu

Assalamualaikum readers,

Excuse me sebab dah lama tak update blog. Mungkin ada yang dah lupa kewujudan blog ni. Lagi dua minggu sebelum final test bermula. All I can do is pray for the best. Harap Allah dengar permintaan ni dan memakbulkannya. Dah la result makin ke laut. Ada yang fail. Ada yang okay. Ada yang power. Sangat tak consistent okay. Dan untuk fail dalam test adalah sangat tak awesome, pathetic dan loser.



Mungkin Dia nak elakkan hambaNya takbur..lupa diri. After all everyone are not born with perfection within them.

Pretty please,
two more semester to go.
Gian sangat nak merasa ada selempang kat bahu ni masa konvo nanti.

Kan seronok grad selempang warna purple macam ni. Cantiknyaaa!!! Nak nak~~ :(



Thursday 16 May 2013

KISAH 50 SEN YANG MENYENTUH HATI

Terjumpa kisah yang menyayatkan hati ni

..
..

Kenapa Alif tak rehat?
Jawab alif "Mak saya beri 50 sen sehari cikgu. Kat
kantin 50 sen ni dapat beli nugget je sekeping. Malu la cikgu beratur panjang2 dapat beli nugget je. Jadi saya kumpul duit hari ini untuk makan hari esok. Jadi saya dapat la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Saya kat kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu " Alif tertunduk malu

Perasaan sy mula bercampur baur, sedih sebak. Di zaman 2013 ini masih ada pelajar yg membawa 50 sen ke
sekolah. Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yg kecil sedangkan bg pelajar ini 50 sen sgt
besar ertinya. Saya tanya lg, kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye? Oh hari jumaat duit 50 sen ni
saya sedekah masa bacaan yasiin cikgu. Jawab Alif dengan bersahaja. Mak saya kata kalau kita sedekah rezeki kita akanbertambah..

Mata saya dah berkaca...
Saya terkejut dan bertambah sebak. Dah la duit ada 50 sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah, limpahkanlah rezeki bg keluarga pelajarku ini.. luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.

Huh macam terpukul sungguh saya, bayangkan duit 50 sen yang diberi untuk makan, dia infakkan 50 sen untuk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan yasiin.

Mungkin kisah ini nampak simple tp bagi saya ia memberi seribu pengajaran. Mungkin Allah nak temukan saya dengan pelajar ini supaya lebihkan sedekah dan berinfak.



Dalam kita bergembira ada yang brduka tapi kita seringkali lupa untuk mensyukuri nikmat yang dikurniakan. 

Monday 29 April 2013

Rahsia


Aku punya rahsia untuk diceritakan,
Ya kamu,
Kamu yang sedang meniti setiap coretanku ini.

Ku kira hanya kamu yang boleh menyimpan rahsia ini,
Hanya kamu yang tidak akan menilai aku,
Kamu yang akan memberikan kata-kata semangat buatku
meneruskan perjalanan sebagai khalifah di bumi yang fana ini.

Ini rahsia aku,
Rahsia yang sejak dulu tersimpan kemas dari dia mahupun dia,
Rahsia yang seringkali menghantui benak fikiran,
Mohon bebaskan aku dari belenggu yang semakin menyesakkan ini.

Mahukah kamu,
Untuk menjadi pendengar setiaku? 

Be silent, Be still. And kindly stay. Hug me. Lift me up when I'm about to break

Tuesday 23 April 2013

Cik Chef: Macaroni Bakar

NA nak kongsikan sikit resipi yang NA usha kat myresepi.com dan hasil pemerhatian (cewahh) dari kawan seangkatan. Nak kata best takda sampai mampu masuk Top 3 Master Chef. Yang penting kena dengan taste bud, sedap dan perut pun gembira sambil menyanyii lagu Oh lalalala~

Basically ni resipi campak campak je. Takda sukatan yang tepat baru feeling Master Chef gitu. Hihi.

Bahan-bahan:

1 paket macaroni. 

Yahh tu dia main character kita pada hari ni. Petua masak spageti or macaroni dalam air rebusan tu kena tambahkan minyak dan garam. Sikit je. Takmo banyak banyak. After macaroni dah masak, toskan ddan siram dengan air sejuk. Ni untuk elak dari macaroni melekat with each other.

Masak dalam satu periuk:

3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 labu bawang besar (diblend)
Ayam secukupnya bahagian dada (dipotong dadu)
Sosej ayam (potong kecik kecik comel ok)
Satu tin cendawan butang cap Ayam Brand
Satu tin sos prego tomato (tradisional)
4 biji telur
Garam secukup rasa / Kiub ayam

Gaulkan sos masakan anda bersama dengan macaroni yang telah direbus. Masukkan dalam loyang yang dah disapu dengan butter. Tekan sikit permukaan bagi mampat.

Topping : Cheese parut

This is where the magic happen Masakan akan nampak lebih mengiurkan dan sangat drop dead deliciuosooooo.

Masakkan dalam oven dan bakar pada suhu 120 selama 45 minit.




Bon appetit



Segmen bloglist tambah follower Paripari Putih

Sambil blogwalking terjumpa banner ni..


Moh la follow ramai- ramai. Nak view page ni, boleh klik sini

Saya follower ke- 1620

Thursday 18 April 2013

Hensemnya awak hari ini

Assalamualaikum dan hello :)

What a barakah day we are having today kan? Alhamdulillah. Sekali lagi penghulu segala hari datang menghiasi hari setiap umat. Ehem. Para lelaki dah bersiap ke nak pergi ke masjid? Nak tau tak? For me and for other girls I bet.

Kehenseman lelaki berlipat lipat ganda hari Jumaat sampai boleh jatuh rating Lee Min Ho, Harry Styles sebab..

Masa tu paling ramai lelaki pergi masjid. Kalau kat Masjid India sampai kat laluan pejalan kaki  penuh  dengan para jemaah tengah solat. Hari Raya pun kalah tau :)

Lelaki mostly akan pakai baju melayu tambah lagi dengan songkok di kepala. *Meltingggg habis* :3
Dipadankan pula dengan kain pelikat. Thumb up!

Masa ni pakai selipar cabuk pun tak kisah dah sebab the reason above alone takan mengurangkan peratus kekacakan jejaka.

Hebat bukan?

Pesonally, gadis mestilah akan usha. Tak usha banyak pun mesti akan ada sikit mata tu tak kelip pandang lelaki yang pakai baju Melayu. Pastu malu sorang sorang tiba tiba. Yang ada crush kat seseorang akan mulalah muncul riakketerujaan macam seri pengantin nampak kelibat crush pergi masjid.

Girl: Nampak tak calon suami soleh (sambil tunjuk tunjuk). Hensemnyaaaaa.

Tak gitu?

p/s: Ini cuma pendapat sendiri

Happy reading













Wednesday 17 April 2013

Cuti sem! Nak buat apa ni

Assalamualaikum and hello :)

Sekali lagi dah satu semester berakhir. Selak punya selak rupanya dah dekat dua tahun jadi pelajar UiTM ni. Final test kali ni memang menguji minda dan common sense sangat. Apa yang kita duk pulun hafal hari hari tu kena guna logik akal tuk selesaikan tiap tiap soalan. Tambah lagi dengan hawa dingin yang sejuk menusuk tulang. Otak boleh kena brain freeze tak pasal. Pastu mula la susah ilmu ni nak kuar. Dengan selesemanya lagi. Teruji sangat. Subjek fnal dah la makin sikit. Taktau mampu ataupun tidak nak dapat DL lagi. Dean List bukan Dismissal List okay. Hope so. Mohon doakan eh.

Gua enggak betah duduk di rumah dua pupuh empat jam. Haha kidding. Tak mungkin bosan habiskan masa dekat rumah. So much to do walaupun satu pun tak bergerak. Nak buat tu nak buat ni nak pegi sana nak pegi sini. Rasanya kena buat schedule barangkali nak buat apa. Takda la nanti keluar perkataan "Ohh aku lupa la nak buat." Betul tak kawan kawan?

Check list:


  • 1st priority: Blaja menjahit. Proposal ni dah diluluskan oleh kakak saudara. Yippie! Me happy girl. Uolss lepas ni boleh la hantar tempahan baju kurung kat iolss ni. Mehmehmeh :3
  • Touch up skill memasak. Tapi ni selalunya akan terjadi bila mama kat rumah je.
  • Layan internet puas puas. Haha

Okay sangat takda motif sebenarnya. Maklumlah ilham menulis tu masih tersekat. Dah berkarat barangkali. 
Hidup UiTM kerana telah memberikan cuti panjang untuk pelajarnya~~


Sunday 24 March 2013

Please be safe

Hari ni my beloved parent akan pergi menunaikan umrah. Tipu la kalau hati tak sebak, tak sedih. Dulu masa first time masuk UiTM pun rasa sebak sangat kena jauh dari family but I try to maintain cool. Satgi dah kena tinggal mula la nangis sorang sorang. Tadi pun sama.

Whenever I feel sad remembering they are leaving, I stay away from them. I played games instead. Pastu mula la keluar perkataan budak budak dari mulut ni 

Saya: Mama janganlah pergi.

Mama: Kenapa taknak mama pergi pula? Susah susah mama dapat pergi.

(sobs sobs sobs)

.....

....

Kissing their hand and cheeks saying goodbye.

(Double sobs weyh)

Abah selalu outstation but there will always be Mama at home tapi sekarang dua dua pun fly. Jauhnya bukan sejengkal tapi berbatu batu. How meh? Tiap pagi sebelum start paper nak tepon sape? Sape yang akan wish goodluck, hantar mesej panjang berjela macam selalu :(

I know Allah will take care of them. Please return home safely and I'll always love you




Saturday 23 March 2013

If I were to describe how I feel right now



...





....






......













IT'S COMPLICATED



















Monday 18 February 2013

Nenek.

Nenek..
Aku tahu aku bukan lah cucu kesayangan mu,
Nama ku tidak selalu meniti di tiap tutur kata bibir mu,

Tapi sungguh nenek,
Aku tidak kisah akan semua itu,
Cukuplah dengan mengetahui engkau yang telah
mengandungkan, melahirkan dan membesarkan ayahku,
Pengorbanan yang tak mungkin mampu aku lakukan,

Dan kini,
Kau telah pergi menghadap Ilahi,
Pergilah nenek,
Pergilah bertemu Penciptmu,
Dia lebih menyayangimu.
Semoga kau akan berjumpa dengan datuk...
kekasih yang terlalu kau rindui dan mimpikan di setiap malam mu.

Ya Allah suluhkan cahaya buat kedua-duanya,
Dan dirimu akan sentiasa bersemi di hati ini

Friday 15 February 2013

Bersediakah aku?

Assalamualaikum dear readers ^^

Hampir seminggu ayah saudara bertemu Ilahi. Inalillah. Masa hari pengebumian arwah,  ramai sangat ziarah rumah arwah. Kereta berduyun duyun jangan ceritalah. Arwah baik orangnya. Cakap pun lembut je, bila pandang..terpampang nur diwajahnya, slelalu jadi iman masjid. Subhanallah. Indah sangat ciptaanMu. Moga beliau di tempatkan di kalangan orang beriman, orang soleh. Amin.

Alhamdulillah arwah pergi dengan tenang. Sebak sangat bila tengok. Jujur..pertama kali aku ziarah tempat orang meninggal. Suasana hambar, bunyi tangisan saudara mara. Sungguh..masa tu banyak sangat.. banyak sangat perkara bermain di minda.Tipulah dalam suasana macam tu tak terdetik di hati tentang azab kubur, dosa, pahala semua tu.

 Ya Allah..macam manalah satu hari nanti aku pergi?

Boleh ke aku mnghadapMu dengan tenang?

Lancarkah percakapanku bersemuka dengan malaikatMu, Mungkar dan Nakir menjawab setiap pertanyaan?

Berapa ramai yang akan menangisi perginya hambaMu ini? Diorang akan ingat aku ke dalam setiap doa dan bacaan yasiin diorang?

 Ak cuba tahan dari biarkan air mata gugur. Aku cuba kuatkan semangat. Sedangkan ahli keluarga arwah tabah menghadapi pemergian orang yang sangat mereka cintai, rindu, sayang. Siapalah aku untuk over-acting. Sedangkan aku sepatutnya yang tolong menghapuskan tiap titisan air mata yang gugur dari pipi itu. Menjadi penguat semangat mereka meneruskan kehidupan. Yang kekal cuba Allah. Manusia bila bila masa je boleh pergi sebab ciptaan Allah bersifat sementara. Dunia ni ibarat R&R (Rawat & Rehat). Akhirat lah destinasi terakhir kita.





Ya Allah......
Sedangkan solatku, ibadahku, hubunganku belum tentu sempurna. Masih banyak lubang lubang kosong yang perlu di isi. Terlalu mengejar keduniaan yang tak pasti. Leka. Lalai. Manusia ni tang kena memang la insaf SEKEJAP tapi perkara yang paling susah sangat nak buat ialah istiqamah. Iaitu berterusan. Kena sabar dan sentiasa ingat hala tuju kita sebagai seorang Muslim. Saya jauh dari kesempurnaan itu. In Shaa Allah saya akan cuba perbaiki sikit sikit. Doakan saya ehh :)

 Wassalam


Saturday 19 January 2013

Jonker Walk - Warung buku

Assalamualaikum and hello dear readers :)

Location: Jonker Walk

Baru sempat nak post :(

Penah baca novel terbitan Fixi, Merpati Jingga or Terfaktab? If you do clap three times. Disebabkan influence Qila dan Kay, saya pun jadi macam ehh terminat pulak buku buku macam ni. Sesetengah novelnya best lain cara penulisannya. Thumb upss for all the writers. After maghrib baru bertolak pergi Jonker, dalam pukul 9 malam baru arrive.

 Basicly this is the Warung Buku located in a small place tapi kecil kecil pun banyak event yang dorang buat sepanjang hari tu okayy. Orang yang datang pun boleh tahan ramainya. Terpaksa bersesak secara berjemaah. Mana nak sesak lagi, mana nak pilih buku lagi.

Some of the novel that can be found here and salah seorang penulis bukunya adalah pelajar Lendu tau. Agak agak terdengar orang sebut "Petak Daud Petak Daud" hah tu laaa dia

Happy nya muka sorang sorang. Sokonglah industri tempatan kita if not us who else will kan kan?

Alang alang dah sampai Jonker ni, takkan tak nak menikmati pemandangan malam iya ark? For those who love night scene sesuai sangat datang sini sebabnya dekat dengan Menara Taming Sari, Kota A Famosa, River Cruise boleh dating naik becaaaa tu. Awwwww~

 Let's beca-ing 


Jonker ni ala ala uptown juga tapi mostly Chinese yang conquer market kat sini. Kalau kecur air liur nak makan tu telan je la air liur tu sampai kenyang. Susah nak makan kat sini. Hanya mampu tengok dah jalan terus. Kedai makan Melayu jumpa sebiji je. Sooo, roti cheese naan shall we? By this time dah kul 11 malam tapi tak reti nak balik UiTM lagi. Mau nya kena baham dengan pakcik guard nanti. Mentang-mentang Gotam dah pindahhh.

Menjeling menjeling ku bertentang mata kita sama memandang

Rasa style je gambar ni. Teheee


Sampai UiTM Lendu terus pakcik polisi suruh berhenti tepi pastu siap kena tulis nama dalam buku sambil dibebelkan. Saya hanya mampu tersenyum dan mengangguk geleng geleng. "Pakcik tolonglah. Saya first time balik lewat begini".

Nak tau lebih tentang event warung buku tu boleh la pegi sini
http://www.facebook.com/GalvanizeStreetHeritageLabMalacca
di bahagian photo akan terjumpalah gambar 4 dara pingitan :)

Monday 7 January 2013

Satu ketika di tahun baru


Assalamualaikum and May God bless you dear readers J

Thank God for another year. 
Another change to redeem ourselves

Its New Year night and how saddening it is to be here in Lendu at a day like this. No family. No bunga api. No sound of detik tengah malam. If only kelas ari Isnin kansel terus sumpah saya balik Melaka ari rabu pagi je terus. Kalau dekat rumah masa malam tahun baru mesti tengah pasang tibi and pintu balkoni rumah akan terbuka dengan luasnya macam nak sambut tetamu.  Dari balkoni rumah dah boleh nampak percikan percikan bunga api kat dataran merdeka tu ha. Seronok sangat. Takyah nak bersesak kat Dataran Merdeka tu dengan ramai orang. Rimas lagi. Lemas lagi. Dan macam macam lagi. Duk je kat balkoni uma tu. Cukup. Siap boleh picnik air teh  ‘o’ cicah biskut jagung. Daebak!!

Jadi untuk mengubat hati lara budak budak yang bersekolah ari isnin tu, maka ayuhlah kita ke Jusco Bandar. Bertemankan 9 others girls ladies. Opss masing masing dah ladies dah sekarang. Every one is now in their twentiessss babeh. Mereka sahaja. Saya masih 19 sambil main kenyit mata. Dah layak jadi mak budak. Kalau nak kahwin pun takda orang nak marah, nak cakap kita ni gatal. Omaijawsss *buat muka terkejut sampai gerahang gigi cecah lantai. 

Berjalan ni tak sah bila perut rancak buat bunyi gendang sepanjang masa. Wahai perut akan ku isi dikau dengan makanan yang enak enak. Muahahaha. Kami pilih Vivo jadi port lepak and our first 2013 lunch food.  




Syera nama sebenar Syemid, Baby Yana nama sebenar dirahsiakan

 CBNers, Ayer Molekk-ion, MGS
Peace untuk duapuluhtahun

Mata mereka bersinar bila tak sabar nak makan