Friends

Friday 15 February 2013

Bersediakah aku?

Assalamualaikum dear readers ^^

Hampir seminggu ayah saudara bertemu Ilahi. Inalillah. Masa hari pengebumian arwah,  ramai sangat ziarah rumah arwah. Kereta berduyun duyun jangan ceritalah. Arwah baik orangnya. Cakap pun lembut je, bila pandang..terpampang nur diwajahnya, slelalu jadi iman masjid. Subhanallah. Indah sangat ciptaanMu. Moga beliau di tempatkan di kalangan orang beriman, orang soleh. Amin.

Alhamdulillah arwah pergi dengan tenang. Sebak sangat bila tengok. Jujur..pertama kali aku ziarah tempat orang meninggal. Suasana hambar, bunyi tangisan saudara mara. Sungguh..masa tu banyak sangat.. banyak sangat perkara bermain di minda.Tipulah dalam suasana macam tu tak terdetik di hati tentang azab kubur, dosa, pahala semua tu.

 Ya Allah..macam manalah satu hari nanti aku pergi?

Boleh ke aku mnghadapMu dengan tenang?

Lancarkah percakapanku bersemuka dengan malaikatMu, Mungkar dan Nakir menjawab setiap pertanyaan?

Berapa ramai yang akan menangisi perginya hambaMu ini? Diorang akan ingat aku ke dalam setiap doa dan bacaan yasiin diorang?

 Ak cuba tahan dari biarkan air mata gugur. Aku cuba kuatkan semangat. Sedangkan ahli keluarga arwah tabah menghadapi pemergian orang yang sangat mereka cintai, rindu, sayang. Siapalah aku untuk over-acting. Sedangkan aku sepatutnya yang tolong menghapuskan tiap titisan air mata yang gugur dari pipi itu. Menjadi penguat semangat mereka meneruskan kehidupan. Yang kekal cuba Allah. Manusia bila bila masa je boleh pergi sebab ciptaan Allah bersifat sementara. Dunia ni ibarat R&R (Rawat & Rehat). Akhirat lah destinasi terakhir kita.





Ya Allah......
Sedangkan solatku, ibadahku, hubunganku belum tentu sempurna. Masih banyak lubang lubang kosong yang perlu di isi. Terlalu mengejar keduniaan yang tak pasti. Leka. Lalai. Manusia ni tang kena memang la insaf SEKEJAP tapi perkara yang paling susah sangat nak buat ialah istiqamah. Iaitu berterusan. Kena sabar dan sentiasa ingat hala tuju kita sebagai seorang Muslim. Saya jauh dari kesempurnaan itu. In Shaa Allah saya akan cuba perbaiki sikit sikit. Doakan saya ehh :)

 Wassalam


No comments:

Post a Comment