Friends

Friday, 23 November 2012

Achumm! Bless you


HAC HOMMMM CUMM!!


Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) bersabda,




Jika seorang dari kamu bersin, dia harus mengucapkan "Al-Hamdulillah" (Segala puji bagi Allah), dan saudara muslim anda atau orang yang bersebelahannya harus mengatakan kepadanya," Yarhamuk Allah" (Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya pada anda). Seterusnya orang ang bersin itu perlulah mengatakan, "Yahdikumul-lah wa Yuslih balakum" (Semoga Allah memberikan petunjuk dan memperbaiki keadaan anda). “

(Hadis riwayat Bukhari)


Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) juga bersabda, 
“Sesungguhnya Allah menyukai bersin, dan membenci tindakan menguap. Maka apabila seseorang itu bersin, maka pujilah Allah (dengan mengucapkan “الْحَمْدُ لِلَّهِ). Manakala bagi setiap Muslim yang mendengar saudaranya bersin adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mendoakannya (mendoakan saudaranya yang bersin) iaitu dengan menyebut “يَرْحَمُكَ اللهُ (semoga Allah memberi rahmat kepadanya). Berbeza pula dengan menguap, ianya adalah daripada Syaitan, maka kita hendaklah berusaha untuk tidak menguap, dan jika seseorang mengatakan ‘Ha’ ketika menguap, Syaitan akan mentertawakannya.”


Kenapa memuji Allah setelah bersin?

Tahukah kita ketika bersin, sistem badan kita terutamanya jantung akan berhenti seketika. Kita bersyukur kerana diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan selain mengeluarkan bakteria dari tubuh kita. 







Wednesday, 21 November 2012

Dua hari menjadi kanak kanak sekolah

Rasanya macam baru semalam beli baju sekolah, pegi sekolah, amik result SPM. Dah dua tahun rupanya meninggalkan alam sekolah. Dulu asal cuti sekolah je mesti pegi kedai beli baju kurung baru, kasut sekolah baru pokoknya semua baru. Nasib baik tuannya sama je. Kalau badan sendiri ada spare kat kedai ntah apa la jadi kat aku agaknya. Hihi. Rumah terasa suram bila cuma tinggal bertiga. Jadi aku pun ambil lah inisiatif untuk menyibuk sama ke sekolah.

Masa nak masuk sekolah dulu mesti pernah tanya mak ayah soalan ni kan?
"Sekolah tu apa?" 
"Cikgu garang tak? Nanti kalau cikgu makan adik macam mana?" *okay tak. Ni tipu
"Nanti tunggu sampai adik abis sekolah tau? Kita alik sama sama"


hai saya jakun nak pegi sekolah *mata bersinar sinar

ada jugak watak sampingan kat belakang ni

Tapii tak boleh bising bising. Syhhhh peperiksaan sedang dijalankan. Good luck adik adik semua :)



Sambil sambil tu bole melencong pegi Jalan TAR dengan mama. Nak jugak tengok fashion terkini yang ada di pasaran. Nanti dapat ilham boleh buka butik satu dua. Ada jugak ea tudung 3, 4... 7 pelangi. Ceria hidup si pemakai tudung tu nanti berpelangi pelangi gitu.


:O




Hebat kan saya main tukar tukar baju *angkat kening. Tak lah ni hari seterusnya menjadi kanak kanak sekolah walaupun  tanpa uniform sekolah yang sepatutnya. 

 Datang datang sekolah je dah gegar satu bangunan dengan alunan muzik. Dari manakah datangnya muzik itu? Patut la rancak sangat muziknya. Budak takde periksa hari ni. Dah lama tak tengok band buat persembahan. Tak dapat tengok sekolah sendiri punya tengok sekolah orang pun jadi la.
Masa sekolah dulu ramai orang admire budak band sebab diorang ni banyak yang encem, hotstuff.
Aku ni takat tengok dari jauh cukup la -.-

Tengok band sampai ternganga mulut, adik sendiri pun dah lupa jap.

Memanah. Yes, sukan yang paling diminati. Dari tingkatan satu sampai tiga bergiat aktif. Ada la memang wajib masa tu kulit menjadi sunburn habis macam zebra pun ada. Berbelang sana sini. Kalau berdiri tempat gelap, aku dengan tempat tu pun dah sama warna.

 Posisi badan kena betul baru boleh jadi pemanah yang HEBAT!


 Penat buat exercise ni. Percayalah.


Hai saya dah besar. Aiman tak kisah di sini. Tengah SPM pun rajin datang practice memanah. Junior dan adik yang baik sangat, cakap pun lemah lembut je. Sejuk perut ummi mengandung. Kan aiman kan? Suara pun dah transform jadi garau wooo.

Me: Aiman balik naik apa?
Aiman: (sambil wat gaya kayuh basikal)
Me: Basikal? Kau gebang ke apa ni -.-

Aiman ni dah pandai gebang sekarang. Ye dik, percaya sangat. Ingat akak nak percaya ke dengan kata kata gebang awak tu. 

muka masing maing dah penat

Sampai di sini saja.
Salam sayang

Sunday, 18 November 2012

Mainan kepit kepit

Aku tak tau nama game ni apa sebenarnya. Jadi ni je la nama paling bernas lagi kreatif yang dapat aku ciptakan untuk game ni. Nampak sangat yang aku kurang caring ngan mainan ni walaupun selalu je abiskan duit nak dapatkan anak patung dalamnya. Pernah main tak mainan ni?

Nak main je dah kena masukkan 2 token = RM 1. Tapi memandangkan aku kurang mahir ngan si ketam ni maka dengan hormatnya tugas tu diserahkan kepada si kecik ni.

*Adik buat elok elok eyh? Nanti kak wa belanja gula-gula kapas ok?


Nampak tak panda tu? Omeyy kan kan dan aku namakannya Popi *belum apa apa dah bagi nama. Hihi.


Tapi apa kan daya 3 ringgit lesap macam tu je. Terasa macam kena gelak dengan si Popi tu.. Amboi kemain galak senyumannya bila aku tak dapat kau eyh. Sob sob sob.

Bila dah kecewa maen game, inilah bentuk kekecewaan tu bertukar. Jeng jeng jeng. Cewahh macam transformer, ultraman, power rangers pula boleh main tukar tukar. 




                   bersama mereka yang tak pernah bosan melayan karenah ku, my play date :)



Saturday, 17 November 2012

Oh begini rupanya :O


Macam ni rupanya sebutannya. Dah hidup 19 tahun baru tau pasal ni. Astaghfirullah. May Allah have mercy. Do spread this :)


*In Shaa Allah In Shaa Allah In Shaa Allah


Tak tau la tapi bukan ke semua yang kita buat tu kenalah berdasarkan dengan niat. Masa kita sebut pernah tak terlintas di fikiran kita nak cipta Allah?

Duck face

Omey omey omeynya * die of cuteness. Comel sangat baby ni buat muncung. Confirm confirm lah tak ada siapa nak marah si comel ni. Cuba kalau aku yang buat? Samseng pun lari wa cakap sama lu. Hakhak :)


muahh :*

p/s: Jangan tiru aksi ini. Adegan ini dilakukan oleh pakar yang terlatih melainkan anda mempunyai tahap kecomelan melampau dan tidak menjelikkan pihak lain.
(pesanan ikhlas dari penaja)

Thursday, 15 November 2012

1 Muharam 1434

Pejam celik pejam celik dh masuk tahun hijrah yang baru dah rupanya. Semalam ingat tak nak baca doa akhir tahun dan awal tahun? Isk isk lupa la tu. Takpe tahun depan panjang umur jangan lupa baca tau.

Ketika kita sedang lena di ulit mimpi inda, Gaza sekali lagi digegarkan dengan serangan Israel. Marilah kita sama-sama titipkan doa buat saudara Islam kita.

Wahai ALLAH! Berikanlah saudara kami di Gaza kesabaran, teguhkan hati mereka, dan berikan mereka kemenangan atas orang-orang kafir. Wahai Allah! mereka berada dalam keperluan mendesak rahmatMu, wahai Maha Penyayang, Ya Allah, lindungilah mereka dan hilangkanlag kedukaan yang sedang dilalui mereka. Ameen YA rabb!

Therefore,if you are still alive be thankful to Him, be grateful that you are granted another chance to repent and fulfill our duty as His caliph.



حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ 
  Sufficient for us is Allah , and [He is] the best Disposer of affairs
 -Al Imran 3:173-

Tuesday, 13 November 2012

Baby step

Hai *smbil tangan lambai-lambai. Assalamualaikum semuanya. How's your day today? Meh la *marilah mari pergi mengundi~~ ehh mengundi apa pula aku ni merepek je. Perkenalkan saya Najwah Abdullah. kenal tak? kenal tak? Alaa hok tu la hah yang tu la. Umur dah sembilan belas dah. Tahun depan dh takde dah perkataan belas belas dalam kamus hidupku. From now on 20 21, 22, bla bla bla huhu sedeyh rase mcm makcik. Yes, saya budak akaun dan dengan gembiranya baru tamat sem 3 di UiTM Lendu, Melaka.
Bru blaja blogging kekok sikit rasanya. Peace. Happy day everyone. Jumpa lagi di entri yang lain.