Friends

Monday, 29 April 2013

Rahsia


Aku punya rahsia untuk diceritakan,
Ya kamu,
Kamu yang sedang meniti setiap coretanku ini.

Ku kira hanya kamu yang boleh menyimpan rahsia ini,
Hanya kamu yang tidak akan menilai aku,
Kamu yang akan memberikan kata-kata semangat buatku
meneruskan perjalanan sebagai khalifah di bumi yang fana ini.

Ini rahsia aku,
Rahsia yang sejak dulu tersimpan kemas dari dia mahupun dia,
Rahsia yang seringkali menghantui benak fikiran,
Mohon bebaskan aku dari belenggu yang semakin menyesakkan ini.

Mahukah kamu,
Untuk menjadi pendengar setiaku? 

Be silent, Be still. And kindly stay. Hug me. Lift me up when I'm about to break

Tuesday, 23 April 2013

Cik Chef: Macaroni Bakar

NA nak kongsikan sikit resipi yang NA usha kat myresepi.com dan hasil pemerhatian (cewahh) dari kawan seangkatan. Nak kata best takda sampai mampu masuk Top 3 Master Chef. Yang penting kena dengan taste bud, sedap dan perut pun gembira sambil menyanyii lagu Oh lalalala~

Basically ni resipi campak campak je. Takda sukatan yang tepat baru feeling Master Chef gitu. Hihi.

Bahan-bahan:

1 paket macaroni. 

Yahh tu dia main character kita pada hari ni. Petua masak spageti or macaroni dalam air rebusan tu kena tambahkan minyak dan garam. Sikit je. Takmo banyak banyak. After macaroni dah masak, toskan ddan siram dengan air sejuk. Ni untuk elak dari macaroni melekat with each other.

Masak dalam satu periuk:

3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 labu bawang besar (diblend)
Ayam secukupnya bahagian dada (dipotong dadu)
Sosej ayam (potong kecik kecik comel ok)
Satu tin cendawan butang cap Ayam Brand
Satu tin sos prego tomato (tradisional)
4 biji telur
Garam secukup rasa / Kiub ayam

Gaulkan sos masakan anda bersama dengan macaroni yang telah direbus. Masukkan dalam loyang yang dah disapu dengan butter. Tekan sikit permukaan bagi mampat.

Topping : Cheese parut

This is where the magic happen Masakan akan nampak lebih mengiurkan dan sangat drop dead deliciuosooooo.

Masakkan dalam oven dan bakar pada suhu 120 selama 45 minit.




Bon appetit



Segmen bloglist tambah follower Paripari Putih

Sambil blogwalking terjumpa banner ni..


Moh la follow ramai- ramai. Nak view page ni, boleh klik sini

Saya follower ke- 1620

Thursday, 18 April 2013

Hensemnya awak hari ini

Assalamualaikum dan hello :)

What a barakah day we are having today kan? Alhamdulillah. Sekali lagi penghulu segala hari datang menghiasi hari setiap umat. Ehem. Para lelaki dah bersiap ke nak pergi ke masjid? Nak tau tak? For me and for other girls I bet.

Kehenseman lelaki berlipat lipat ganda hari Jumaat sampai boleh jatuh rating Lee Min Ho, Harry Styles sebab..

Masa tu paling ramai lelaki pergi masjid. Kalau kat Masjid India sampai kat laluan pejalan kaki  penuh  dengan para jemaah tengah solat. Hari Raya pun kalah tau :)

Lelaki mostly akan pakai baju melayu tambah lagi dengan songkok di kepala. *Meltingggg habis* :3
Dipadankan pula dengan kain pelikat. Thumb up!

Masa ni pakai selipar cabuk pun tak kisah dah sebab the reason above alone takan mengurangkan peratus kekacakan jejaka.

Hebat bukan?

Pesonally, gadis mestilah akan usha. Tak usha banyak pun mesti akan ada sikit mata tu tak kelip pandang lelaki yang pakai baju Melayu. Pastu malu sorang sorang tiba tiba. Yang ada crush kat seseorang akan mulalah muncul riakketerujaan macam seri pengantin nampak kelibat crush pergi masjid.

Girl: Nampak tak calon suami soleh (sambil tunjuk tunjuk). Hensemnyaaaaa.

Tak gitu?

p/s: Ini cuma pendapat sendiri

Happy reading













Wednesday, 17 April 2013

Cuti sem! Nak buat apa ni

Assalamualaikum and hello :)

Sekali lagi dah satu semester berakhir. Selak punya selak rupanya dah dekat dua tahun jadi pelajar UiTM ni. Final test kali ni memang menguji minda dan common sense sangat. Apa yang kita duk pulun hafal hari hari tu kena guna logik akal tuk selesaikan tiap tiap soalan. Tambah lagi dengan hawa dingin yang sejuk menusuk tulang. Otak boleh kena brain freeze tak pasal. Pastu mula la susah ilmu ni nak kuar. Dengan selesemanya lagi. Teruji sangat. Subjek fnal dah la makin sikit. Taktau mampu ataupun tidak nak dapat DL lagi. Dean List bukan Dismissal List okay. Hope so. Mohon doakan eh.

Gua enggak betah duduk di rumah dua pupuh empat jam. Haha kidding. Tak mungkin bosan habiskan masa dekat rumah. So much to do walaupun satu pun tak bergerak. Nak buat tu nak buat ni nak pegi sana nak pegi sini. Rasanya kena buat schedule barangkali nak buat apa. Takda la nanti keluar perkataan "Ohh aku lupa la nak buat." Betul tak kawan kawan?

Check list:


  • 1st priority: Blaja menjahit. Proposal ni dah diluluskan oleh kakak saudara. Yippie! Me happy girl. Uolss lepas ni boleh la hantar tempahan baju kurung kat iolss ni. Mehmehmeh :3
  • Touch up skill memasak. Tapi ni selalunya akan terjadi bila mama kat rumah je.
  • Layan internet puas puas. Haha

Okay sangat takda motif sebenarnya. Maklumlah ilham menulis tu masih tersekat. Dah berkarat barangkali. 
Hidup UiTM kerana telah memberikan cuti panjang untuk pelajarnya~~